TM Sasar Liputan Fiber Di Sabah Capai 58% Menjelang 2025

Diterbitkan pada July 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini berkongsi aspirasi baharu, menyasarkan pemasangan fiber optik di Sabah mencapai liputan 58% menjelang 2025 kelak.

Dengan langkah ini, ia dianggar menyambungkan sekitar 145,000 buah premis dalam tempoh tiga tahun akan datang ini.

Pada masa yang sama, TM turut telah memasang nod pertukaran internet TM di Kota Kinabalu dan Penampang, dalam usaha meningkatkan kualiti pengalaman layaran bagi pengguna di Sabah. Beberapa TMiX baharu akan turut dipasang di Inanam, Kinarut, Menggatal dan Putaran menjelang Disember 2022 kelak.

Di Sabah juga, TM akan menyediakan pelayan kandungan di Penammpang, membolehkan penempatan nod Rangkaian Penghantaran Kandungan (CDN) dan digunakan oleh penyedia perkhidmatan penstriman dan lain-lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami