Motorola RAZR 2022 Dan Edge X30 Pro Akan Dilancarkan 2 Ogos Ini

Diterbitkan pada July 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peminat peranti skrin boleh-lipat Motorola perlu menanti sehingga 2 Ogos ini untuk melihat RAZR 2022 dilancarkan secara rasmi. Versi ketiga RAZR moden dengan skrin boleh-lipat ini amat dinantikan kerana akhirnya dipercayai akan dilengkapi cip mercu tidak seperti dua model yang dilancarkan sebelum ini.

Pada hari yang sama Motorola Edge X30 Pro akan dilancarkan dan ia dilengkapi kamera dengan sensor Samsung ISOCELL HP1 sebesar 200 MP. Kedua-dua peranti ini adalah dari kelas mercu dan besar kemungkinan dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1. Pasaran peranti skrin boleh-lipat pada waktu ini dikuasai oleh Samsung maka sudah tiba masanya cabaran diberikan untuk memastikan inovasi diteruskan.

komen


© Amanz / 2022 Kami