Carian
MySejahtera Kini Membuka Tempahan Janji Temu Untuk Dos Penggalak Kedua Covid-19
July 23, 2022 Aman

MySejahtera kini telah mengemaskini aplikasi tersebut, sekaligus telah mula menawarkan pautan tempahan janji temu dos penggalak kedua untuk Covid-19 bagi mereka yang layak.

Menteri Kesihatan buat masa ini mengalakkan mereka yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengambil dos kedua, walaupun sihat. Ini adalah dalam usaha mengalakkan mendapatkan perlindungan daripada Covid-19 yang dilihat masih belum reda sepenuhnya.

Sekiranya berkelayakkan, sebuah pautan tempahan temu janji kini dipaparkan pada halaman status vaksinasi, membolehkan anda membuat permohonan dan menghadirkan diri untuk menerima suntikan dos penggalak kedua.

Melalui perkongsian pihak MySejahtera, ia turut ditekankan yang hanya dos Pfizer sahaja yang ditawarkan buat masa ini.

Komen