China Ingin Menjadikan Bulan Pusat Pertahanan Bumi Dari Asteroid

Diterbitkan pada July 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China kini berhasrat untuk membentuk pusat pertahanan atau kota kara di Bulan, sekaligus melindungi Bumi daripada sebarang serangan asteroid dari sana.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan Bumi terus dilindungi daripada ancaman-ancaman kommet atau asteroid yang mungkin membahayakan Bumi.

Melalui perancangan ini, sebanyak tiga satelit dijangka akan digunakan yang akan mengorbit dalam melindungi Bumi. Disamping itu, dua teleskop optikal akan memantau sebarang pergerakkan yang mungkin memberi bahaya kepada planet kita.

Sekiranya sebarang objek berbahaya mendekati, sistem akan secara automatik menghantar satelit terdekat dalam menghalang serta mengubah haluan sesuatu asteroid. Kaedah ini dijangka beroperasi lebih laju berbanding melakukan serangan roket dari Bumi.

Pada hari ini, tiada sebarang asteroid yang berbahaya menuju ke Bumi. Tetapi, dengan pelbagai aktiviti di angkasa serta bilangan satelit yang tinggi, mmbuatkan pemantauan angkasa lebih sukar. Membentuk pusat di Bulan, dijangka mengatasi masalah ini.

China dijangka akan menjemput beberapa negara lain dalam projek di Bulan, dan mungkin membentuk penempatan di Bulan seawal 2030 kelak. Apa pun, sebelum itu, China dijangka melancarkan beberapa satelit ke Bulan dalam memantau sejumlah perkara.

Sumber : SCMP

komen


© Amanz / 2022 Kami