Amazfit Band 7 Kini Rasmi Dengan Skrin AMOLED, Bateri Hingga 18 Hari

Diterbitkan pada July 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazfit kini hadir dengan gelang pintar baharu menerusi Amazfit Band 7. Ia menjadi model kemas kini untuk Amazfit Band 5 ini dengan penawaran reka bentuk yang berbeza. Melaluinya, ia dilengkapi skrin berbentuk segi empat memanjang dengan padanan tali silikon yang selesa dipakai pada tangan.

Untuk spesifikasi, skrin1.47-inci AMOLED beresolusi 194 X 368 piksel digunakan. Seterusnya, ia juga menyokong sehingga 120 pilihan mod sukan dengan kebolehan mengesan setiap aktiviti secara automatik untuk kemudahan pengguna. Sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan turut disertakan seperti SpO2, kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, stres harian dan banyak lagi.

Amazfit Band 7 juga dilengkapi pembantu maya terbina menerusi sokongan Alexa, di samping penarafan kalis air 5ATM dan GPS terbina. Bateri 232mAh yang digunakan mampu bertahan sehingga 28 hari dengan mod penjimatan. Sementara itu, berkurang kepada 18 hari untuk penggunaan biasa dan 12 hari pula pada penggunaan yang berat.

Untuk harga, Amazfit Band 7 ditawarkan pada $49.99 (~RM223). Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Blue, Green, Orange dan Pink.

komen


© Amanz / 2022 Kami