Carian
Honor X8 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 480+, Kamera 48MP
July 24, 2022 Amy Maizuraa

Honor X8 5G telah dilancarkan secara rasmi sebagai model kemas kini buat Honor X8 4G yang diumumkan sebelum ini. Tiada perubahan reka bentuk yang dilakukan. Sebaliknya, perubahan ketara terletak pada penggunaan cip Snapdragon 480+, kamera 48MP, bateri 5,000mAh dan skrin lebih kecil.

Peranti ini lengkap dengan skrin sebesar 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi mencapai HD+. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan Honor 22.5W SuperCharge Charger.

Tri-kamera utama digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audioa 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Komen