Cari @ Amanz

Selepas mengumumkan bakal hadir dengan peranti baharu menerusi OnePlus 10T. Kini, OnePlus mendedahkan yang mana aksesori audio keluarannya juga bakal dikemaskini. Melaluinya, OnePlus Nord Buds CE TWS bakal diperkenalkan sekaligus menjadi TWS kedua untuk rangkaian siri Nord.

Perkongsian terkini menunjukkan fon telinga ini kelak tidak menampilkan reka bentuk yang sama seperti OnePlus Nord Buds. Sebaliknya ia kelak menggunakan rekaan jenis fon telinga terbuka bertangkai dengan kemasan berwarna putih. Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi, tetapi OnePlus mendedahkan pelancarannya bakal diadakan pada 1 Ogos hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd