Cari @ Amanz

Dalam memilih peranti, adalah penting untuk memastikan peranti tersebut boleh bertahan lama dalam kegunaan seharian. Anda pastinya tidak mahu membeli peranti hari ini, kemudian tidak dapat digunakan tahun hadapan. Salah satu teknologi terkini yang kerap diungkapkan adalah 5G dan penting untuk anda membeli peranti dengan teknologi capaian ini.

Samsung dalam menawarkan kesemua peranti mereka, turut menawarkan capaian 5G bagi memberikan lebih nilai kepada pengguna dan turut disertakan untuk peranti Galaxy A Series yang menepati keperluan pengguna. Kesemua peranti Galaxy A Series, iaitu A33, A53 dan A73 menyokong teknologi capaian 5G.

Gabungan Teknologi 5G dan Jaminan 5 Tahun Melanjutkan Hayat Nilai Peranti

Teknologi capaian 5G baharu sahaja popular dan bagi anda yang memilih peranti Samsung Galaxy A Series, anda tidak perlu risau kerana peranti anda kekal relevan untuk teknologi akan datang.

Dengan ketersediaan 5G, anda boleh memainkan permua secara langsung, tanpa sebarang lengah masa. Malah jika anda kerap bersiar secara langsung, anda dapat bersiar dalam kualiti yang lebih tinggi kerana kelajuan dan data disokong 5G adalah lebih tinggi dari teknologi sedia ada. 

Malah, pengguna tidak perlu berasa risau kerana Samsung juga turut memberikan jaminan kemaskini 5 tahun justeru membolehkan anda berjimat apabila memilih peranti Samsung. Anda tidak perlu khuatir untuk menukar telefon setiap tahun kerana Galaxy A Series ini dapat memberikan lebih nilai.

Kapasiti Memori 16GB RAM Yang Boleh Ditambah 8GB RAM Maya – RAM Plus

Satu lagi tekonologi yang baru dipopularkan beberapa tahun ini adalah teknologi penambahan RAM Maya. Pada Galaxy Series A, kapasiti memori 16GB RAM sedia ada mencukupi untuk kegunaan seharian namun jika diperlukan, terdapat 8GB RAM Maya sedia digunakan menerusi ciri RAM Plus.

Ini membolehkan pelbagai aplikasi dijalankan serentak, dan membolehkan pengguna melakukan multi-tugasan pada peranti ini. Malah secara logiknya anda boleh bermain permua, dan menstrim permua tersebut secara serentak, membuatkan peranti ini sangat berguna.

Dan khusus bagi Galaxy A73 5G, terdapat teknologi penyejukan gabungan sirip penyejuk serta Vapor Chamber bagi melancarkan penyejukan peranti ini, agar tiada sebarang lengah masa atau kelambatan terhasil dari cip pemprosesan yang panas. 

Cip 8 Teras Memperkasa Kuasa Pemprosesan

Memperkasakan peranti Galaxy A Series adalah cip 8 teras yang berbeza untuk ketiga-tiga model yang ditawarkan. Galaxy A73 dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G, cip bersaiz 6nm dengan kelajuan sehingga 47% lebih pantas dan 82% janaan grafik yang lebih laju.

Lebih menarik lagi adalah Galaxy A33 5G dan A53 5G yang dikuasakan oleh cip lebih kecil bersaiz 5nm, iaitu Exynos 1280. Cip ini membolehkan prestasi sehingga 28% lebih pantas dan sehingga 52% janaan grafik lebih laju.

Kapasiti Storan 256GB Dengan Slot Kad Mikro-SD Yang Boleh Ditambah Sehingga 1TB

Pada Galaxy A Series ia dilengkapi kapasiti storan terbina 256GB yang cukup untuk penggunaan biasa namun jika anda akan menggunakan peranti untuk satu jangkamasa panjang, pastinya pilihan storan tambahan merupakan satu faktor yang sangat diperlukan.

Satu pujian harus diberikan kepada Samsung di saat pelbagai pengeluar mula mengorbankan slot kad Mikro-SD, Samsung masih menawarkannya malah menyokong kapasiti yang besar, iaitu 1TB. Dengan ini meskipun anda menggunakan Galaxy A Series sehingga tahun keempat atau kelima, anda masih mempunyai ruangan storan yang cukup.

Saiz Bateri 5,000 mAh Untuk Kesemua Variasi Galaxy A Series

Melengkapi kesemua ciri-ciri yang membuatkan Galaxy A Series bertahan nilainya untuk jangkamasa panjang adalah kapasiti baterinya sebesar 5,000 mAh. Pada kapasiti ini, peranti pada penggunaan biasa dapat bertahan sehingga 2 hari lamanya pada sekali pengecasan penuh. Jadi anda dapat lakukan pelbagai perkara, sebelum mengecas peranti ini semula.


Jelas sekali Galaxy A Series merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda mencari peranti kelas pertengahan, dan dengan nilai bertahan serta jangkahayat penggunaan lebih lama dari tahun ke tahun. Malah dengan teknologi 5G, spesifikasi yang turut relevan pada masa mendatang menjamin pulangan kepada pengguna.

Samsung Galaxy A Series ditawarkan dalam 3 variasi, iaitu A33 5G dijual pada harga RM 1,499, A53 5G dijual pada harga RM 1,849 manakala A73 5G dijual pada harga RM 2,099. Anda boleh mendapatkan peranti ini di pengedar rasmi Samsung, atau membelinya secara atas talian.

Malah untuk masa terhad sehingga 31 Ogos 2022, nikmati rebat sebanyak RM 150 untuk setiap pembelian, serta penjimatan hebat seperti dibawah:

PromosiButiranSah Sehingga
Rebat Trade-inTerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas31 Ogos 2022
OneDriveNikmati 6 bulan storan awan 100GB OneDrive secara percuma31 Mac 2023
Promosi “Purchase with Purchase” Travel AdapterTerima diskaun sebanyak 40% untuk Travel Adapter dengan pembelian Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G30 September 2022
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd