Carian
Wiko T50 Dan T10 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 Ogos
July 25, 2022 Effi Saharudin

Jenama Wiko kembali secara rasmi di Malaysia tahun ini selepas dua tahun mendiamkan diri. Pada 2 Ogos hadapan, Wiko T50 dan T10 akan dilancarkan pula secara rasmi di pasaran tempatan. Wiko T50 ialah peranti dengan skrin 6.6″, dijana cip MediaTek Helio G85, memori sehingga 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 64+8+2 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Sementara itu Wiko T10 pula dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD HD, dijana cip MediaTek Helio A22, memori 2GB, storan 64GB, kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP dan bateri 5000 mAh. Kesemua peranti Harga jualan masih lagi misteri tetapi selama ini peranti Wiko ditawarkan di Malaysia pada harga yang amat mampu milik.

Komen