Cari @ Amanz

Apple berhadapan pelbagai kes saman dan menjadi tumpuan pelbagai badan hak pengguna kerana mengarahkan pembayaran hanya dilakukan menerusi ekosistem App Store mereka. Hanya akhir-akhir ini kelonggaran diberikan kepada aplikasi “pembaca” untuk menawarkan pelanggan pilihan melakukan pembayaran di luar aplikasi.

Minggu ini aplikasi Netflix untuk iOS dan iPadOS akhirnya menawarkan pilihan kepada pengguna untuk melakukan di luar aplikasi. Terdapat pautan dalam aplikasi yang kemudiannya mengarahkan pengguna ke portal langganan menerusi pelayar web.

Sebenarnya Netflix tidak lagi menawarkan pilihan melakukan langganan dalam aplikasi sejak 2018. Tetapi selama ini mereka juga dihalang oleh Apple dari memberikan pautan luar dalam aplikasi kerana ia melanggar terma App Store. Potongan 30% bayaran akan diambil Apple untuk setiap transaksi sekiranya dilakukan menerusi App Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd