Carian
Ford Menghasilkan Robot Yang Membantu OKU Mengecas Kenderaan Elektrik
July 25, 2022 Effi Saharudin

Golongan OKU sentiasa ketinggalan apabila teknologi baharu diperkenalkan kepada umum. Sokongan ketercapaian pada telefon pintar misalnya hanya lebih baik sekarang sedangkan ia sudah dilancarkan lebih 15 tahun yang lalu. Di Ford mereka menyedari golongan OKU mobiliti mempunyai masalah mengecas kenderaan mereka. Oleh itu sebuah robot yang membantu pengecasan telah dibangunkan.

Ford bekerjasama dengan Dortmund University di Jerman untuk menghasilkan robot pengecas di atas. Pada bahagian kepala pengecas terdapat kamera yang mengenalpasti port pengecasan pada kereta Mustang Mach-E. Lengan robot kemudian akan memastikan pengecas disambungkan kepada port pengecasan secara automatik.

Projek robot ini masih lagi sekadar prototaip yang sedan diuji. Ford berkata ia boleh diletakkan di tempat letak kereta OKU, dan juga di rumah milik pengguna OKU. Ia akan menjadi asas kepada sistem automatik sepenuhnya Ford di masa hadapan dimana kereta boleh diarahkan untuk mencari tempat letak kereta secara automatik dan kemudiannya dicas juga secara automatik.

Komen