Imej Sebenar Redmi Pad Tertiris – Mungkin Menyokong Rangkaian 5G

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah tablet yang didakwa keluaran Redmi kini tertiris di arena web. Tiada maklumat mengenai nama khusus yang didedahkan, namun ia dikhabarkan lengkap dengan sambungan 5G terbina. Dalam masa sama, ia juga dikatakan telah melepasi laman 3C di China dengan nombor model 22081281AC.

Bukan itu sahaja, imej sebenar memperlihatkan reka bentuk tablet turut muncul di Weibo. Tapi sayang, pendedahan berkenaan agak terhad. Sebabnya, imej tertiris hanya memperlihatkan rekaan untuk panel belakang tablet. Melaluinya, ia menampilkan panel belakang berasaskan logam dengan padanan kamera utama tunggal. Tubuh tablet ini turut diperkemas dengan warna biru, di samping terdapatnya penjenamaan Redmi bersama-sama dengannya.

Dalam perkembangan yang sama, tablet ini turut dijangka menyokong sistem pengecasan pantas 67W. Tetapi masih belum jelas, sama ada nama khususnya akan dikenali sebagai Redmi Pad 5G atau sebaliknya. Seperti biasa, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami