Seagate Mahu Mula Menjual Cakera Keras Dengan Storan 30TB Pada 2023, 50TB Menjelang 2025

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika pada minggu lepas Western Digital telah melancarkan sejumlah model cakera keras dengan jumlah storan 22TB, Seagate, sebuah lagi jenama storan digital terkemuka telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai pelan untuk menjual cakera keras dengan storan 30TB pada tahun 2023.

Seagate dilihat sedang membangunkan teknologi HAMR (Heat Assisted Magnetic Recording) generasi kedua yang dikatakan boleh memuatkan jumlah storan lebih tinggi daripada sebelum ini, melangkaui 30TB.

Malah, teknologi HAMR generasi kedua ini dilihat akan membolehkan Seagate untuk membangunkan cakera keras dengan jumlah storan sebesar 50TB di masa akan datang. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa cakera keras dengan storan gergasi ini akan dijual secara besar-besaran.

Secara lazimnya, syarikat-syarikat seperti Seagate akan mula menawarkan produk-produk mereka ke klien seperti pusat data gergasi terlebih dahulu untuk digunakan dan diuji ketahanannya sebelum ia dijual kepada pengguna-pengguna biasa.

Cakera keras Seagate dengan storan 30TB dijangka akan mula dijual ke pihak-pihak terpilih pada tahun 2023, manakala cakera keras dengan storan yang lebih besar dijangka akan mula diperkenalkan pada tahun-tahun berikutnya (40TB pada 2024, 50TB pada 2025).

komen


© Amanz / 2022 Kami