Cari @ Amanz

Syarikat muzik Epidemic Sound telah memfailkan saman ke atas Meta kerana didakwa menggunakan muzik milik mereka pada platform media sosial Instagram dan Facebook tanpa membayar royalti. Epidemic Sound menawarkan penggunaan muzik latar dan bunyi kesan khas di YouTube dengan pengguna perlu membayar lesen komersial.

Meta didakwa membenarkan pengguna memuat naik video dengan audio milik Epidemic Sound pada platform milik mereka walaupun ia jelas melanggar harta intelek. Oleh itu Epidemic Sound meminta ganti rugi $142 juta (~RM632 juta) dari Meta.

Kesalahan Meta menurut Epidemic Sound ialah membenarkan pengguna memuat naik audio sendiri apabila menggunakan Reels. Audio milik Epidemic Sound boleh dimuat naik walaupun ia bukan dimiliki oleh pengguna. Oleh sebab itu sehingga 50,000 video dengan audio yang digunakan tanpa bayar royalti telah dimuat naik ke Instagram dan Facebook setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd