Carian
Semua Hospital Dan Klinik Dibawah KKM Akan Terima Pembayaran Nirtunai Bermula Oktober
July 25, 2022 Aman

Kementerian Kesihatan Malaysia kini mengatakan semua fasiliti dibawah mereka akan menerima pembayaran secara nirtunai bermula 1 Oktober 2022 kelak.

Dengan langkah ini, mereka yang menghadirkan diri ke klinik atau hospital atau fasiliti KKM, boleh melakukan pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit, atau dompet digital.

Ia juga selari dengan langkah Malaysia ke arah masyarakat nirtunai.

Pada masa yang sama, wang tunai akan kekal diterima sekiranya individu tidak memiliki pilihan nirtunai atau tidak mempunyai akaun bank.

Komen