OnePlus kini berkongsi kehadiran OxygenOS 13 tidak lama lagi, sekaligus menerbitkan sebuah video acah ringkas memperlihatkan apakah yang boleh dinantikan pengguna.
Melalui video acah berkenaan, ia memperlihatkan kehadiran sejumlah widget, selain sokongan Always on Display. Ramai juga menantikan pengenalan penuh antaramuka ini, sama ada ia akan menyertakan pelbagai elemen ColorOS, atau ianya adalah jauh berbeza dengan penawaran Oppo.


OnePlus dijangka memperkenalkan kemaskini OxygenOS 13 ini bersama-sama dengan telefon pintar baharu mereka, OnePlus 10T, yang akan diumumkan pada 3 Ogos 2022.