Konsol Mudah-Alih AYANEO 2 Dengan CPU AMD Ryzen 7 6800U Akan Dijual Bermula September Ini

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Permintaan untuk konsol permainan mudah-alih dilihat semakin meningkat pada tahun ini dengan syarikat-syarikat seperti Nintendo masih kekal menjual konsol mereka dengan kadar banyak dari bulan-ke-bulan, manakala Valve juga memperlihatkan permintaan yang sangat tinggi untuk konsol Steam Deck mereka.

Terkini, sebuah syarikat pembangun konsol permainan AYANEO nampaknya akan memperlihatkan konsol mudah-alih kedua mereka yang dinamakan AYANEO 2. Konsol permainan ini akan hadir dengan paparan skrin 7 inci dengan resolusi Full HD dan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 7 6800U dan menggunakan memori LPDDR5.

Buat masa ini, apa yang diketahui ialah ia mempunyai dua kali lebih banyak teras dan bebenang berbanding dengan CPU yang digunakan pada Steam Deck, dan dijangka akan mempunyai prestasi yang lebih hebat.

Selain daripada skrin lebih besar, ia juga dilihat bahawa AYANEO 2 akan hadir dengan bateri baru dan rekaan rangka dan pengawal permainan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

CEO syarikat AYANEO juga mengesahkan bahawa konsol tersebut akan dilancarkan dan dijual pada bulan September ini, selepas spesifikasi penuh konsol tersebut diperlihatkan dan akan dihantar ke pembeli disekitar bulan Oktober. Lebih menarik lagi ialah AYANEO 2 bukanlah konsol kelas mercu mereka, dimana ia dilihat bahawa AYANEO Next 2 akan diperkenalkan selepas itu.

komen


© Amanz / 2022 Kami