Setel Menambah Sokongan Membayar Parkir Jalanan

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setel kini menambah satu lagi ciri baharu pada aplikasi mereka, iaitu kebolehan untuk membayar parkir jalanan terus melalui aplikasi tersebut.

Dengan ciri ini, anda boleh memilih lokasi parkir kenderaan mengikut perbandaran, dan seterusnya memilih tempoh masa – serta membayar terus menggunakan Setel. Anda juga boleh memantau dan menambah tempoh masa sekiranya diperlukan.

Buat masa ini, ia disokong di Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan juga Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Bagi anda yang menggunakan Setel, boleh mengaksesnya dengan ke bahagian Parkir, dan memilih Parkir Jalanan.

komen


© Amanz / 2022 Kami