Honor MagicBook 14 (2022) Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 6800H Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor telah mengemaskini barisan komputer ribanya dengan penawaran baharu. Melaluinya, Honor MagicBook 14 AMD Edition dilancarkan di China dengan pilihan siri CPU AMD Ryzen 6000H.

Komputer riba ini menggunakan skrin 14-inci IPS dengan resolusi 2K (2160 x 1440 piksel) dengan nilai kecerahan 300nits. Terdapat dua pilihan cip pemprosesan yang ditawarkan iaitu AMD Ryzen 5 6600H dengan padanan GPU Radeon 660M. Seterusnya, cip AMD Ryzen 7 6800H yang lengkap dengan GPU Radeon 680M. Padanan memori pula sehingga 16GB RAM (LPDDR5) dan storan 512GB SSD. Bateri sebesar 75Wh yang digunakan boleh beroperasi sehingga 20 jam penggunaan. Ia kemudiannya boleh di cas semula sepenuhnya dalam masa sekitar 1 jam. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah NFC, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

Untuk harga, model dengan AMD Ryzen 5 6600H dijual pada RMB5199 (~RM3,430), sementara itu Ryzen 7 6800H pula berharga RMB5699 (~RM3,760).

komen


© Amanz / 2022 Kami