Xiaomi Smart Home Display 6 Dilancarkan Dengan Ciri Privasi Lebih Baik

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skrin pintar Xiaomi Smart Home Display 6 telah dilancarkan di China hari ini. Ia hadir dengan pelbagai ciri privasi yang membolehkan mikrofon dan kamera dihalang aksesnya menerusi suis fizikal. Pada kamera misalnya sebuah penutup fizikal akan menghalang lensa 2MP di bahagian hadapan bagi pengguna yang risau diri mereka diintip.

Pada bahagian sisi pula terdapat suis fizikal yang mematikan mikrofon yang juga menghalang pembantu maya Xiao AI dari berfungsi. Skrin pintar dilengkapi skrin 6″ IPS LCD di hadapan dengan speaker di bawahnya.

Sistem operasi MIUI Home digunakan yang membolehkan ia digunakan sebagai hab kawalan peranti berhubung pintar di dalam isi rumah. Di China Xiaomi Smart Home Display 6 dijual pada harga RMB 349 (~RM230) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami