Cari @ Amanz

Terdapat banyak pilihan tablet di pasaran dan tidak dinafikan setiap tablet, dengan cip dan saiz berbeza, disasarkan untuk pengguna berbeza. OPPO pada minggu lepas telahpun melancarkan tablet mereka iaitu OPPO Pad Air dengan dua variasi storan. 

Jadi apakah beza OPPO Pad Air ini dengan yang lain? Pada hemat kami, tablet ini mencukupi bersesuaian dari segi prestasi dan harga serta amat sesuai jika disasarkan kepada penggunaan asas, seperti untuk kanak-kanak atau warga senior. Kami akan ringkaskan serba sedikit mengapa OPPO Pad Air ini boleh menjadi pilihan anda.

Dikuasakan Cip Snapdragon 680 4G

Memperkuasakan tablet OPPO Pad Air adalah cip pemprosesan Snapdragon 680. Semua orang tahu cip dari Snapdragon adalah berkuasa dan ini dapat memenuhi segenap penggunaan biasa seharian, seperti melayari internet, menonton video, menstrim kandungan lagu dan filem. 

RAM 3GB Boleh Ditambah Secara Maya 

Untuk kedua-dua variasi OPPO Pad Air terdapatnya 4GB RAM namun jika ia tidak mencukupi, pengguna boleh mengaktifkan fungsi RAM Extension bagi menambah RAM secara maya sehingga 3GB, menjadikan jumlah RAM sebanyak 7GB untuk melancarkan penggunaan seharian. 

Paparan Bersaiz 10.36-inci 2K Dengan Kuad Speaker Dolby Atmos

Terdapat tablet di pasaran yang hadir pada saiz yang lebih kecil yang mungkin tidak bersesuaian dengan corak penggunaan asas. OPPO Pad Air tidak mengorbankan saiz paparan meskipun ditawarkan pada harga yang sangat munasabah.

Pada saiz 10.36-inci, tablet OPPO Pad Air sememangnya sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar, malah untuk warga tua juga dapat melihat lebih banyak kandungan yang dipaparkan dengannya.

Dan jika anda memilih OPPO Pad Air untuk menonton drama atau mendengar lagu, terdapat empat pembesar suara dengan teknologi Dolby Atmos yang disertakan, sekaligus memberikan kelantangan audio yang cukup buat pengguna.

Kapasiti Storan Yang Boleh Ditambah Sehingga 512GB

Salah satu perkara yang disukai ramai adalah kebolehan untuk menambah storan dan pada OPPO Pad Air ini, pengguna boleh menambah storan sehingga 512GB.  Jika kapasiti sedia ada iaitu 64 GB atau 128 GB tidak mencukupi, pengguna hanya perlu membeli kad memori Mikro SD dan menambah storan yang sedia ada.

Bateri Bersaiz 7,100 mAh Dengan Pengecasan Pantas 18W 

Sebut mengenai OPPO pastinya ia tidak lekang dengan teknologi pengecasan pantas. OPPO Pad Air yang mempunyai bateri bersaiz 7,100 mAh dapat memberikan penggunaan seharian, malah dengan pengecasan pantas 18W anda tidak mengambil masa yang lama untuk mengecas peranti ini. 

Hanya RM 1099 Untuk 64GB, dan RM 1,299 Untuk 128GB

Dan kesemua ciri-ciri ini ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk kegunaan asas seharian. Sekiranya pengguna tidak memerlukan storan berkapasiti tinggi, RM 1,099 adalah satu harga munasabah untuk 64GB, manakala RM 1,299 untuk 128GB. Perlu diingatkan, kedua-dua model ini turut boleh ditambah kapasiti storan sehingga 512GB.

Anda boleh mendapatkan OPPO Pad Air menerusi pengedar rasmi OPPO seluruh Malaysia, atau membelinya secara atas talian.

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd