Intel Akan Menghasilkan Cip MediaTek
July 25, 2022
Intel
Perkakasan
Aman
Intel hari ini mengumumkan kerjasama dengan MediaTek, dimana MediaTek akan menggunakan fasiliti Intel Foundry Services, dalam mengeluarkan cip-cip baharu MediaTek.
MediaTek merancang menggunakan teknologi penghasilan Intel dalam menghasilkan cip-cip untuk peranti pintar, termasuk mengintegrasikan sokongan pemprosesan tinggi, disamping penggunaan tenaga rendah.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi cip pertama manakah keluaran MediaTek yang akan dihasilkan oleh Intel ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.