OnePlus 10T Tidak Sertakan Pengawal Notifikasi Fizikal, “Alert Slider”
July 25, 2022
OnePlus
Aman
OnePlus kini mengesahkan OnePlus 10T akan datang tidak menyertakan butang pengawal notifikasi fizikal mereka, atau dikenali ramai sebagai Alert Slider.
Sebelum ini, Alert Slider telah menjadi salah satu ciri ikonik pada peranti-peranti keluaran OnePlus, dan langkah membuang ini mungkin tidak diminati sebahagian pengguna.

OnePlus mengatakan ciri tersebut terpaksa dibuang dalam memastikan mempunyai ruang mencukupi untuk komponen lain – terutamanya memfokuskan pengecasan pantas, dan kapasiti bateri lebih besar, serta sokongan antenna pada peranti.
OnePlus menyasarkan pengenalan OnePlus 10T ini secara rasminya pada 3 Ogos kelak.
[sumber]Sumber : TheVerge[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.