Google hari ini menyambut ulang-tahun ke-10 untuk gedung aplikasi mereka, Google Play. Bersempena dengannya, Google turut memperkenalkan rekaan logo baharu untuk gedung aplikasi tersebut.
Ia masih mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama, tetapi dengan kemaskini pada bahagian pewarnaan, dan sedikit perubahan minima lain.
Google mengatakan perubahan ini adalah selari dengan produk-produk Google yang lain.
Sejak diperkenalkan padaa 2012 lepas, Google Play telah melalui sejumlah evolusi dan perubahan – kini menjadi halaman dituju ramai dalam memuat-turun pelbagai kandungan digital, termasuk aplikasi.
Google mengatakan kini lebih 2.5 bilion pengguna mengakses Google Play setiap bulan, dan terdapat lebih 2 juta pembangun yang memmbangunkan perniagaan melalui platform tersebut.