Penghasil Kandungan Facebook Kini Boleh Menerima 20% Potongan Iklan Dengan Video Yang Menggunakan Audio Berlesen

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Secara lazimnya apabila memuat naik video dengan lagu yang perlu dilesenkan, kesemua keuntungan dari pengiklanan akan diambil oleh pemilik harta intelek dan platform. Sekiranya enggan ini berlaku, lagu perlu disunting dan digantikan dengan audio yang tidak memerlukan bayaran royalti. Hari ini Meta mengumumkan ciri Music Revenue Sharing di Facebook.

Menerusi Music Revenue Sharing, penghasil kandungan masih boleh menjana pendapatan dengan 20% keuntungan iklan akan diterima oleh mereka walaupun menggunakan audio berlesen. Sebuah pustaka muzik berlesen kini boleh diakses dengan lagu daripada artis seperti Post Malone, Tove Lo, Grupo La Cumbia, Leah Kate, dan banyak lagi.

Hanya video sepanjang 60 saat ke atas dan menggunakan audio sebagai muzik latar boleh menjana pendapatan menerusi Music Revenue Sharing. Ciri ini boleh diakses kesemua pengguna Facebook global dengan penghasil dari Amerika Syarikat yang terlebih dahulu boleh menjana pendapatan menerusi pengiklanan.

komen


© Amanz / 2022 Kami