Dell Mobile Connect Akan Ditamatkan Pada 30 November 2022

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dell kini mengumumkan mereka akan menamatkan perisian Dell Mobile Connect dan juga Alienware Mobile Connect pada 30 November 2022 kelak. Perisian berkenaan tidak lagi boleh dimuat-turun selepas 31 Julai 2022.

Dell Mobile Connect

Bagi yang tidak mengenali akan Dell Mobile Connect, ia merupakan perisian khusus yang membolehkan telefon dan PC dihubungkan – sekaligus membolehkan penggua berinteraksi dengan telefon terus dari komputer, seperti membalas SMS, menjawab panggilan dan sebagainya.

Sebelum ini, Dell telah menawarkan perisian ini sejak 2018 lepas, dan boleh digunakan bersama telefon Android dan iPhone. Namun, memandangkan Microsoft sedia menawarkan ciri sama melalui Windows 10 dan Windows 11, mungkin tiada gunanya lagi Dell menawarkan ia secara berasingan.

komen


© Amanz / 2022 Kami