Carian
Google Chrome Kini Menghalang Muat-Turun Daripada PortableApps
July 26, 2022 Aman

PortableApps merupakan salah satu penyedia muat-turun popular, memfokuskan kepada perisian yang boleh dijalankan terus daripada pemacu USB tanpa pasang pada sesuatu komputer.

Ia popular pada suatu ketika dahulu, memudahkan pengguna menyimpan perisian kegemaran pada pemacu USB, dan menjalankan ia pada sebarang komputer dengan mudah.

Walaubagaimanapun, kini sebuah masalah dikenal-pasti, dimana pelayar web Google Chrome menghalang semua muat-turun daripada laman berkenaan.

PortableApps

Pihak PortableApps telah mengesahkan perkara ini, dan mengubah muat-turun daripada lokasi lain buat sementara waktu ini.

Ia juga dimaklumkan yang mana semua yang menggunakan enjin Google Safe Browsing akan menghalang muat-turun daripada laman tersebut, termasuk Microsoft Edge dan lain-lain.

Buat masa ini, PortableApps sedang cuba menghubungi pihak Google dalam mengatasi masalah ini.

Komen