Google Pixel 6a Dilaporkan Boleh Dinyahkunci Dengan Jari Sesiapa

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel 6a adalah peranti kelas pertengahan baharu daripada Google. Walaupun berada dalam kelas pertengahan, peranti ini masih dijana dengan cip peranti mercu, iaitu Google Tensor – cip yang sama digunakan pada Pixel 6 Pro.

Peranti ini sudah pun dijual di pasaran Amerika Syarikat dan nampaknya orang ramai mula melaporkan masalah sekuriti yang serius. Walaupun peranti ini dilindungi dengan cip sekuriti Google tersendiri, iaitu Titan M2 – ia masih tidak dapat melindungi pengguna dengan baik.

Beberapa pengguna mula melaporkan yang peranti Pixel 6a mereka mempunyai masalah pengimbas cap jari. Satu pengguna melaporkan yang walaupun jari lain mendaftar cap jari, jari yang tidak daftar turut boleh menyahkunci peranti. Isu paling teruk pula dilaporkan adalah jari sesiapa sahaja boleh menyahkunci peranti.

Pixel 6a menggunakan sensor imbasan cap jari yang berbeza dengan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, yang mana dilihat mempunyai prestasi yang lebih pantas. Tetapi jika pantas dan ada isu sekuriti apa gunanya? Isu ini mungkin boleh dibaiki dengan kemaskini perisisan, jika berlaku ke majoriti pengguna – jika tidak pengguna ini hanya boleh memulangkan peranti ke Google dan mendapatkan peranti baru.

komen


© Amanz / 2022 Kami