Sebuah Universiti Berjaya Menggunakan Bangkai Labah-Labah Sebagai Mesin Mencengkam

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Labah-labah adalah spesis serangga dalam keluarga araknid. Kebanyakan labah-labah mempunyai lapan kaki dan kaki mereka adalah unik. Ini kerana serangga ini tidak mempunyai antena, jadi kaki akan menjadi alat untuk mengesan. Selain itu, kaki serangga dalam keluarga araknid ini juga mempunyai cengkaman yang baik dan boleh melekat ke dinding.

Untuk menjadi Spider-Man adalah mustahil, jadi bagaimana untuk memanfaatkan keunikan kaki labah-labah ini dalam kehidupan manusia? Satu kajian daripada Rice University yang melibatkan kajian bio-robotik boleh dikatakan telah terlanjur secara tidak sengaja ke arah mengubah bangkai labah-labah menjadi satu necrobotic grippers iaitu robot semula jadi yang boleh mencengkam.

Labah-labah menggunakan tekanan darah pada kaki mereka untuk bergerak dan apabila mereka mati, anda akan perasan yang labah-labah akan tergulung. Ini kerana jantung mereka berhenti berfungsi memberi tekanan seakan hidraulik pada kaki mereka untuk bergerak.

Sedar dengan perkara ini, para saintis di Rice University cuba memberi “nyawa” kepada labah-labah ini semula dengan memicagari udara ke dalam badan bangkai serangga araknid ini. Dengan kajian ini, mereka mendapati bangkai labah-labah jika diubah sebagai sejenis bio-robot ia boleh membantu dalam pemasangan mikroelektronik.

Dalam kajian ini mereka menggunakan labah-labah serigala atau nama saintifik adalah Lycosidae. Labah-labah ini dilihat boleh digunakan sebanyak 1000 kali untuk buka dan tutup kakinya sebelum sendi kaki mula rosak. Tetapi mungkin boleh disalut dengan bahan polimerik untuk mengukuhkan lagi kaki serangga ini.

Walaupun mungkin sukar untuk mencari labah-labah serigala mati secara pukal, tetapi jika dapat menggunakan saiz labah-labah dengan struktur sama pada saiz lebih kecil juga tidak menjadi masalah. Lebih kecil saiz, lebih kuat ia boleh menggenggam sesuatu objek.

Turut tidak pasti sama ada kajian ini akan diteruskan untuk penggunaan komersil atau mungkin boleh diolah menjadi satu produk robot kecil untuk kegunaan industri. Apa kata anda?

komen


© Amanz / 2022 Kami