Microsoft sebelum ini sekadar memberikan sistem operasi Windows 11 secara percuma sebagai kemaskini untuk sistem operasi Windows 10.
Melalui Lowyat, bagi anda yang ingin membeli lesen sistem operasi Windows 11 secara berasingan – terutamanya untuk komputer baharu yang anda pasang sendiri, kini Microsoft telah mula menjualnya secaara berasingan.

Melalui penawaran Microsoft, lesen Windows 11 Home ditawarkan pada harga RM919 di Malaysia, sementara lesen Windows 11 Pro ditawarkan pada harga RM1299.
Bagi anda yang ingin memiliki lesen Windows 11 secara berasingan, boleh membelinya dan memuat-turun ia daripada laman rasmi Microsoft.
- Sumber
- Sumber : Lowyat