Carian
Maklumat Terperinci Mengenai Projek The Line Sepanjang 170 km Dan Menempatkan 9 Juta Penduduk Dikongsi
July 26, 2022 Effi Saharudin

Semalam kami melaporkan kerajaan Arab Saudi akan membina bangunan terbesar dunia yang diberi nama The Mirror Line. Laporan tersebut kurang tepat dan projek ini akhirnya diumumkan secara rasmi dengan nama The Line. Ia terletak di bandar NEOM di daerah Tabuk, Barat Laut Arab Saudi.

Skala projek sebenarnya lebih besar dengan ia terdiri daripada dua menara sepanjang 170 kilometer, setinggi 500 meter, selebar 200 meter bakal menempatkan 9 juta penduduk.The Line tidak akan mempunyai jalan raya atau sebarang kereta.

Sebaliknya setiap komuniti direka untuk boleh mengakses keperluan harian dengan berjalan kaki selama 5 minit. Perjalanan dari satu hujung The Line ke hujung yang satu lagi akan hanya mengambil masa 20 minit menggunakan sistem kereta api bawah tanah halaju tinggi.

Sumber tenaga lestari sepenuhnya akan digunakan dengan impak ke atas kawasan persekitaran akan dikurangkan kerana bangunan dibina bertingkat tidak seperti rekaan bandaraya konvensional. Selain tempat tinggal taman awam, tempat kerja, kawasan pertanian dan pusat komersial The Line semuanya terbina dalam struktur yang akan menjadi yang terbesar di dunia sekiranya ia berjaya disiapkan.

Komen