Carian
Realme Watch 3 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 7 Hari
July 26, 2022 Effi Saharudin

Realme Watch 3 dilancarkan hari ini dengan skrin berkotak 1.8″ yang mempunyai keterangan maksimum 500 nits. Jam tangan pintar ini dilengkapi pelbagai ciri penjejakan kesihatan yang seperti mengesan nadi, lebih 110 mod sukan, dan VO2 Max. Terdapat ciri penjejakan kesihatan 24 jam yang menganalisa pola tidur serta tahap stres.

Kemampuan melakukan panggilan telefon menerusi jam juga diberikan kerana ia dilengkapi speaker dan mikrofon. Tubuh diperbuat daripada bahan polikarbonat yang disadur dengan logam. Oleh itu ia hanya seberat 54 gram dengan tali jam.

Ia turut melepasi tahap piawaian kalis air IP68 namun begitu Realme mengatakan ia tidak sesuai dibawa untuk aktiviti renang. Dengan bateri sebesar 340mAh pula ia mampu beroperasi sehingga 7 hari secara berterusan. Harga jualannya pula ialah ₹3,500 (~RM195) seutas.

Komen