Realme Melancarkan Monitor 23.8″ Dengan Sambungan USB-C Dan VGA

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Flat Monitor Full HD 60.5cm telah dilancarkan hari ini dan ia mempunyai satu ciri yang agak menarik pada monitor moden. Ini adalah kerana ia mempunyai input untuk HDMI, USB-C dan VGA yang jarang sekali dilihat sekarang.

Skrin sebenar 23.8″ FHD menggunakan panel VA dengan kadar segar semula 75Hz. Ia turut mempunyai keterangan maksimum 250 nits dengan sudut pandangan pula sehingga 178 darjah. Dari sisi, ia hanya setebal 6.9mm. Tapak serta tangkai leher diperbuat daripada logam.

Walaupun pilihan input adalah mewah, monitor ini mempunyai satu kekurangan kerana tidak dilengkapi sebarang speaker. Tiada juga sokongan G-Sync atau FreeSync. Di India monitor ini dijual pada harga ₹ 12,999 (~RM726) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami