Carian
Projek Galeri Maya Dan NFT Memfokuskan Legasi Tun M Diumumkan – UNIQ META
July 27, 2022 Aman

Tun Dr Mahathir Mohamad, kini telah hadir melihat sebuah projek yang dinamakan UNIQ META, memfokuskan kepada pembangunan galeri maya yang menghimpunkan sejumlah gambar legasi dan bersejarah, disamping penawaran NFT.

Projek ini masih pada peringkat awal, dan lamannya sekadar menawarkan informasi ringkas berkaitan dengan projek serta latar masa pembangunan projek.

UNIQ META menyasarkan mereka sebagai evolusi seterusnya untuk galeri dan NFT. Sebuah galeri maya khusus akan diperkenalkan memperlihatkan legasi Tun Dr M, dan pada masa yang sama, NFT berkaitan dengan tajuk sama juga bakal ditawarkan. Ia dijangka boleh diakses melalui beberapa medium, termasuk secara penggunaan peranti realiti-maya.

Disamping itu, UNIQ META juga ingin menawarkan koleksi NFT bertajuk Negarawan, selain menghasilkan sebuah siri karya NFT melibatkan bakat tempatan.

Implementasi platform UNIQ META ini dijangka berlaku seawal tahun 2022 ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan platform ini.

Komen