Kenali HONOR MagicBook 16 – Laptop Dari Pengeluar Telefon Pintar

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Anda mengenali HONOR sebagai salah satu jenama terkemuka dari China yang tidak terkesan dengan sebarang halangan urusan perniagaan. Malah selain dari dapat menggunakan perisian Android pada telefon pintar mereka, kini HONOR telah bekerjasama dengan beberapa syarikat ternama antaranya Microsoft, AMD, dan pelbagai lagi dalam menghasilkan laptop.

Dan hasil kerjasama ini adalah laptop HONOR MagicBook 16 yang turut membawakan beberapa ciri yang biasanya hadir pada telefon pintar. Berikut merupakan kelainan yang membawakan kelebihan oleh HONOR MagicBook 16 kepada pengguna. 

Kolaborasi Multi-Skrin Memudahkan Multi-tugasan Menerusi HONOR Share

Jika anda pengguna Windows, dengan telefon pintar Android maka mungkin anda kebiasannya perlu mencucuk kabel, menggunakan aplikasi tertentu, bagi menghantar fail-fail besar. Atau mungkin tidak dapat memaparkan telefon pintar pada desktop.

Pada HONOR MagicBook, sokongan ini adalah tersedia secara terus menerusi HONOR Share. Pengguna boleh melakukan tambatan pantas antara telefon pintar dan HONOR MagicBook. Hasilnya penghantaran fail antara peranti adalah lebih mudah malah, pengguna turut boleh mengoperasikan aplikasi yang terdapat pada telefon pintar, menerusi laptop.

Pengecasan Pantas 65W Mengecas Sehingga 85% Dalam Sejam

Salah satu fungsi terbaik yang dipopularkan telefon pintar adalah fungsi pengecasan pantas. Dan pada kesemua model HONOR MagicBook, ia turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W. Malah lebih unik lagi, pengecas ini hadir dalam saiz yang kompak, sama besar dengan pengecas telefon. 

Malah menggunakan pengecas 65W ini, peranti dapat dicaj sepantas 85% dalam masa sejam pada HONOR MagicBook 16. Ini sekaligus menjimatkan masa pengguna dan dengan kabel pengecasan USB-C, pengguna tidak perlu mencari kabel tambahan, sebaliknya berkongsi sahaja dengan telefon mereka. 

Menghidupkan Laptop Semudah Mengimbas Cap Jari

Pada telefon pintar, adalah penting untuk ia diaktifkan dengan cepat dan pantas, tanpa sebarang proses yang melengahkan. Untuk laptop MagicBook, HONOR telah menyertakan pengimbas cap jari yang memudahkan proses ini, malah boleh melog-masuk laptop sepantas 0.66 saat. Justeru tiada masa yang dibazirkan pengguna untuk proses ini. 

Paparan Skrin Beresolusi Tinggi Dengan Bingkai Nipis Dan Pengiktirafan TUV Rheinland

Jika pada rekaan telefon pintar keluaran HONOR biasanya mengetengahkan rekaan yang elegan dan unik, maka begitu juga pada laptop HONOR MagicBook. Dengan paparan bersaiz 16-inci berkelajuan 144Hz, ia masih hadir dengan bingkai nipis selebar 5.1mm yang memberikan rasa kemas dan minimalis. 

HONOR turut membawakan pengalaman dalam pembuatan teknologi mereka, dalam menjamin keselesaan pengguna. Oleh itu pada HONOR MagicBook ini turut menyertakan pengiktirafan TÜV Rheinland bagi paparan yang melindungi mata pengguna, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan laptop ini untuk satu jangkamasa yang panjang.


Ini hanyalah beberapa keunikan yang terdapat pada HONOR MagicBook 16. Dengan kerjasama Microsoft disertakan spesifikasi dari jenama besar seperti Intel dan AMD, pastinya laptop ini boleh menjadi pilihan pengguna. 

HONOR MagicBook dijual pada harga RM 4,299 dan pada harga ini, ia boleh dikatakan agak mampu milik memandangkan saiz dan juga spesifikasi yang disertakan. Anda boleh mendapatkan laptop ini menerusi pengedar sah HONOR seluruh Malaysia, atau menerusi kedai atas talian HONOR. 

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami