Huawei MateBook D 16 Turut Diumumkan – Harga Jualan Bermula RM3699

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi komputer riba baharu Huawei yang turut diumumkan adalah Matebook D 16. Komputer riba ini bagaimanapun tidak menyokong skrin sesentuh seumpama yang terdapat pada Huawei MateBook 16s. Meskipun begitu, ia boleh didapati dalam dua cip pemproses berbeza sebagai pilihan buat pengguna.

Bagi yang berminat, komputer riba ini boleh pada harga bermula RM3699 (i5 – 8GB/512GB), RM3,999 (i5 – 16GB/512GB) dan RM4799 (i7 – 16GB/512GB). Sesi pra-tempah telah dibuka bermula hari ini – 5 Ogos 2022 dengan hadiah percuma bernilai hingga RM1,000 yang diberikan dengan setiap pembelian.

Huawei Matebook D 16 dilengkapi skrin sebesar 16-inci IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dan bernisbah 16:10. Cip Intel Gen-12 turut digunakan dengan pilihan variasi i7-12700H dan i5-12500H dengan padanan GPU Intel Iris Xe. Variasi memori pula sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB PCIe SSD.

Seterunya, bateri yang digunakan adalah 60Wh dengan sistem pengecasan pantas 65W. Sementara itu, pilihan palam I/O pula terdiri dengan 2 X USB-C, 1 X USB 3.2 , 1 X HDMI, bicu audio 3.5mm dan 2 mikrofon terbina.

komen


© Amanz / 2022 Kami