Cari @ Amanz

Barisan komputer riba siri Huawei MateBook X Pro telah dikemaskini dengan penawaran generasi baharu pada hari ini. Seperti sejumlah model sebelumnya, model kali ini turut hadir dengan tubuh yang nipis dan ringan sekaligus membuatkannya mudah digunakan dalam apa jua keadaan. Melaluinya, ia menawarkan berat sekitar 1.26kg dengan ketebalan sekitar 15.6mm.

Untuk spesifikasi, Huawei MateBook X Pro menggunakan skrin 14.2-inci beresolusi 3.1K (3120 X 2080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz dan bernisbah aspek 3:2. Di samping itu, ia juga menggunakan cip Intel Core i7-1260P dengan padanan memori 16GB LPDDR5, storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD dan GPU Intel Iris Xe. Kapasiti bateri yang disertakan pula sebesar 60Wh.

Dari segi audio, enam unit pembesar suara dan empat mikrofon terbina digunakan. Tidak ketinggalan, sokongan pengimbas cap jari masih terbina pada butang kuasa dan sistem imbasan wajah turut boleh digunakan. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X USB-C, 2 X thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd