Cari @ Amanz

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Samsung Unpacked 2022 berlangsung di New York. Seperti biasa imej pengolokan rasmi peranti akan tertiris awal dan hari ini sekali lagi imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Z Flip4 tertiris dalam tiga warna.

Ia mengukuhkan lagi ura-ura rekaan peranti yang lebih berkotak berbanding model tahun lalu dengan mengekalkan penggunaan dwi-kamera serta engsel lipatan yang sama. Tiga warna yang tertiris adalah hitam, gangsa dan ungu. Tetapi seperti tahun lalu kombinasi warna lain boleh dipilih menerusi ciri Samsung Bespoke.

Skrin luaran juga sedikit lebih besar tetapi ura-ura mengatakan kamera swafoto bawah skrin nampaknya tidak menjadi kenyataan. Samung Unpacked 2022 akan berlangsung pada 10 Ogos kelak dimana spesifikasi rasmi penuh akan akhirnya diketahui.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd