Cari @ Amanz

Sudah hampir enam bulan sejak Samsung Galaxy S22 dipasarkan di Malaysia. Seperti kelaziman yang dilakukan oleh pengeluar peranti, Samsung mula menawarkan peranti ini dalam warna baharu Bora Purple. Sebelum ini Samsung Galaxy S22 hanya ditawarkan dalam warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold. Ia akan mula ditawarkan ke pasaran global bermula 10 Ogos.

Samsung Galaxy S22 hadir dengan skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ 120Hz, penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 50+12+10 MP, kamera hadapan 10MP, dan bateri 3700 mAh dengan pengecasan 25W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd