Cari @ Amanz

Sony berkongsi lebih banyak banyak maklumat mengenai set realiti maya PlayStation VR2 yang akan dilancarkan kelak. Mereka mengesahkan PS VR2 akan mempunyai mod tembus yang membolehkan pemakai melihat dunia sebenar tanpa perlu menanggalkan set kepala. Ini adalah ciri standard yang disokong set realiti maya moden.

Seterusnya pengguna boleh mengakses mod penstriman langsung terus dari antaramuka PS VR2 dan menstrim video mereka sedang memakai PS VR2 dengan kandungan permainan video dipaparkan sekali.

Lebih penting lagi pengguna boleh menetapkan ruang permainan dengan kamera PS VR2 akan memgimbas ruang sekeliling secara 3D. Dengan ini isu pemain berlanggar dengan objek dunia sebenar ketika asyik menyelami dunia VR akan dapat diselesaikan.

Akhir sekali terdapat juga mod sinematik yang membolehkan permainan 2D dan video dimainkan dalam PS VR2 dengan ia kelihatan seperti skrin TV gergasi. Dalam mod ini kandungan akan dipaparkan dalam resolusi 1920×1080 HDR dengan kadar bingkai 24/60/120 Hz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd