#TV

Hisense Melancarkan Televisyen 4K Siri A6100H Pada Harga Bermula RM1999

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hisense Malaysia melancarkan pula televisyen pintar 4K siri A6100H untuk pasaran tempatan hari ini. Siri ini dilengkapi panel 4K bersaiz 43″, 50″, 55″, 58″, dan 65″ dengan sokongan HDR Dolby Vision.

Setiap TV dalam siri ini menggunakan sistem operasi VIDAA U5 dengan aplikasi popular seperti Yotube dan Netflix terpasang. Dari segi audio pula terdapat sokongan DTS Virtual X dan Dolby Digital. Sistem speaker pada model 65″ hadir dengan output 10W manakala pada model lain pul adalah 8W.

Siri A6100H mempunyai rekaan bezel nipis dengan skrin menyokong mod sukan bagi mengurangkan kabur dan mod gaming yang merendahkan masa pendam visual. Pilihan I/O pula ialah 2x HDMI 2.0, 1x HDMI 1.4, 2x USB 2.0, ouput audio 3.5mm, optikal dan AV. Dekoder DVB-T / DVB-T2 juga terbina untuk menonton televisyen menggunakan antena.

Di Malaysia TV Hisense A6100H dijual pada harga RM 1999 (43″), RM 2399 (50″), RM2799 (55″), RM2999 (58″) dan RM 3999 (65″) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami