Carian
Sejumlah Kawasan Sekitar Lembah Klang Menghadapi Gangguan Bekalan Elektrik
July 27, 2022 Aman

Sejumlah kawasan sekitar Lembah Klang kini dilihat menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik – sekaligus menyukarkan urusan seperti pekerjaan, pembelajaran, dan lain-lain.

Melalui perkongsian orang ramai, setakat ini antara kawasan yang dilihat terjejas aadalah termasuk sekitar Subang, Petaling Jaya, Mont Kiara, Setiawangsa, Kajang, Kepong, Setapak dan lain-lain lagi.

Sebelum ini, pada tahun 1986, bekalan elektrik terputus akibat tersandung talian penghantara elektrik yang menyebabkan gangguan kuasa di seluruh Malaysia. Selain itu, pada 1996 lepas, gangguan turut berlaku seluruh Malaysia disebabkan gangguan kerosakan di pusat janakuasa di Paka, Terrengganu.

Pihak TNB mengesahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan, dan mengatakan pasukan teknikal sedang mengenal-pasti punca kejadian.

Komen