TCL Dilaporkan Cuba Mendapatkan Kontrak Sebagai Pembekal Panel LCD Untuk Apple

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahukah anda yang sehingga hari ini, Apple hanya ada dua produk yang menggunakan panel skrin OLED? Ia adalah iPhone dan juga Apple Watch. Produk-produk Apple yang lain, masih lagi menggunakan skrin berasaskan LCD ataupun untuk MacBook dan iPad terpilih dengan panel Mini-LED.

Untuk produk-produk Apple yang menggunakan skrin LCD, antara pembekal mereka adalah LCD dan BOE. Apple juga pernah menggunakan panel daripada Sharp sebelum ini. Kini, Apple dilihat sedang mencari pembekal panel LCD baharu untuk digunakan pada iPad dan MacBook.

Laporan daripada The Elec menyatakan, pengerusi TCL iaitu Li Dongsheng akan melawati Apple Park untuk cuba memenangi kontrak sebagai pembekal LCD baharu. LCD daripada TCL dihasilkan oleh CSOT iaitu antara pesaing sengit kepada BOE.

CSOT juga sudah mempunyai pasukan khas untuk menghasilkan panel skrin yang mengikut piawaian yang diingini Apple. Jika semuanya berjalan lancar, CSOT akan mencabar LG dan juga BOE dengan mula membekal panel LCD untuk Apple pada tahun 2023 atau 2024.

komen


© Amanz / 2022 Kami