Cari @ Amanz

Samsung sudahpun mengeluarkan sensor sebesar 200MP tahun ini dengan ia bakal digunakan telefon Motoral X30 Pro. Walaupun saiz sensor adalah besar, dengan teknologi Tetra2pixel 16 pixel digabungkan menjadi satu dan saiz gambar akan mengecil ke 50MP sahaja. Minggu ini tanda dagang untuk Hexa2pixel telah difailkan oleh Samsung menimbulkan spekulasi mereka sedang membangunkan sensor kamera yang lebih besar?

Berapa besar? Jika Tetra2pixel menggabungkan 16 pixel menjadi satu, Hexa2pixel akan menggabungkan 36 pixel menjadi satu. Oleh itu sensor sebesar 450MP mungkin sedang dibangunkan oleh Samsung dengan ia akan dilancarkan pula dalam masa terdekat. Untuk menggunakan sensor gergasi, pemproses yang berkuasa dan memori yang pantas diperlukan. Mungkin ini cara Samsung ingin membawakan ciri kamera yang lebih tajam dan prestasi malam yang lebih baik kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd