Pelan Data Selular Malaysia Di Tangga 27 Termurah Dunia Dan Ketiga Termurah Di Rantau

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat pelbagai pelan selular di Malaysia dengan kuota data berbeza. Sebagai pengguna, jumlah pelan data yang banyak ini agak memeningkan tetapi masih ada golongan yang sentiasa bertukar syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan pelan yang paling murah.

Menurut laporan dari laman Cable.co.uk, pelan data selular di Malaysia di tangga ke-27 termurah di dunia dan di tangga ke-3 paling murah di rantau Asia Tenggara.Di Malaysia purata kos untuk 1GB data ialah RM2 dengan kos paling rendah pula ialah RM 0.49 dan paling mahal pula ialah RM24.

Negara dengan pelan data selular paling murah Ialah Israel dengan kos $0.04/GB diikuti oleh Itali ($0.12/GB), San Marino ($0.14/GB), Fiji ($0.15/GB), India ($0.17/GB). Negara dengan pelan data selular paling mahal pula ialah St Helena ($41/GB), Kepulauan Falklands ($38.45/GB), São Tomé and Príncipe ($29.49/GB), Tokelau ($17.88/GB) dan Yaman ($16.48).

Di rantau Asia Tenggara pula negara dengan pelan data selular termurah ialah Thailand ($0.38/GB), Kemboja ($0.42/GB), Malaysia ($0.45/GB), Indonesia ($0.46/GB) dan Filipina ($0.52/GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami