Meta hari ini telah mengeluarkan laporan suku tahunan kedua untuk 2022, dan ia mengejutkan ramai apabila Facebook melaporkan penyusutan pendapatan buat pertama kalinya.
Facebook sedia merupakan penjana pendapatan terbesar dibawah keluarga Meta. Pada suku tahunan lepas, Facebook memperlihatkan penyusutan sebanyak 1%.
Pada masa yang sama, Meta turut menyasarkan penyusutan pendapatan lebih besar pada suku ketiga 2022 ini.
Perkembangan ekonomi dunia yang perlahan kini membuatkan ramai turut mengurangkan pengiklanan pada Facebook. Hal ini sekaligus turut menjejaskan pendapatan pihak Meta.
Disamping itu, Meta juga kini bersaing dengan TikTok untuk pendapatan berasaskan pengiklanan.
Walaupun pendapatan berkurangan, dari segi angka pengguna, Facebook memperlihatkan peningkatan, dan kini mempunyai pengguna harian seramai 1.97 bilion pengguna di seluruh dunia.