Honor X8 5G Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 5 Ogos

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor X8 5G bakal ditawarkan secara rasminya di Malaysia dalam masa terdekat ini. Pengenalannya di sini sebagai model kemas kini buat Honor X8 4G yang diumumkan sebelum ini. Perubahan ketara terletak pada penggunaan cip Snapdragon 480+, kamera 48MP, bateri 5,000mAh dan skrin lebih kecil.

Peranti pintar ini akan mula tersedia di Malaysia pada 5 Ogos 2022 namun tiada maklumat mengenai harga rasmi yang dikongsi setakat artikel ditulis. Seperti biasa, kami di Amanz akan berkongsi lanjut mengenainya jika terdapat kemas kini baharu dalam masa terdekat.

Honor X8 5G lengkap dengan skrin sebesar 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi mencapai HD+. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan Honor 22.5W SuperCharge Charger.

Tri-kamera utama digunakan iaitu 48MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audioa 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami