Honor Mengacah Kehadiran Satu Lagi Peranti Baharu Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan satu tetapi dua peranti baharu keluaran Honor yang bakal ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Meskipun mereka cuba berteka-teki mengenai nama model peranti secara khusus. Tetapi gambaran yang dikongsi jelas menunjukkan rekaan untuk sebuah Honor 70. Melaluinya, ia dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama bersama panel belakang yang menggunakan rekaan potongan seakan berlian.

Buat masa ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada penawaran perkakasan dalamannya adalah sama seumpama dengan variasi di beberapa pasaran luar atau sebaliknya. Tetapi sekiranya sama, peranti ini akan menggunakan skrin 6.67-inci OLED FHD+ 120Hz, dijana Snapdragon 778+, kamera 50MP dan bateri 4800mAh dengan pengecasan 66W. Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut.

komen


© Amanz / 2022 Kami