Carian
Meta Catat Kerugian RM12.48 Bilion Pada Bahagian Disebalik Metamesta
July 28, 2022 Aman

Berkongsi berkaitan perkembangan syarikat, Meta turut mencatatkan kerugian sebanyak $2.8 bilion (~RM12.48 bilion) pada bahagia Reality Labs yang membangunkan arena metamesta.

Untuk makluman, Mark Zuckerberg sedia menyatakan mereka akan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk pembangunan realiti-maya dan juga metamesta untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Metamesta dilihat sebagai era seterusnya dalam perkembangan teknologi, dan Mark Zuckerberg tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut seperti mereka tertinggal ketika peralihan ke peranti mudah-alih.

Selain pembangunan teknologi sendiri, Meta juga berbelanja tinggi dalam mendapatkan bakat dan juga membeli syarikat lain dalam mengukuhkan portfolio mereka.

Komen