Mercedes-AMG Menawarkan Kerusi Pejabat Dengan Teknologi Kerusi Kereta Lumba

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Merceds-AMG menawarkan kereta berprestasi tinggi berasaskan kenderaan jalanan biasa. Sistem enjin dipertingkat dan kabin turut diperkasa dengan aksesori yang lebih selari dengan kereta lumba. Kini mereka menawarkan pula kerusi pejabat yang menggunakan teknologi yang digunakan pada kereta lumba mereka.

AMG Office Chair adalah dari jenis bakul yang diperbuat daripada bahan kulit Artico dan Dinamica seperti yang digunakan pada kereta keluaran mereka. Terdapat sokongan tulang belakang, paha dan tangan untuk memastikan keselesaan ketika bekerja. Untuk menunjukkan pedigri perlumbaan, logo AMG diletakkan pada kerusi dengan jahitan benang merah garang digunakan.

Bahagian sokongan kaki boleh dipanjangkan untuk keselesaan dan ketinggian turut boleh diubah mengikut keperluan. Hanya 50 AMG Office Chair akan dijual setiap satunya berharga €3,500 (~RM 16,000) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami